5 SEBAB UTAMA KENAPA AGEN/DROPSHIP SERING GAGAL DALAM BISNES

Facebook
WhatsApp
Twitter
dropship sering gagal

Kenapa ramai Dropship/Agen Jualan kebanyakannya GAGAL dalam perniagaan awal mereka.Niat mereka bagus untuk tambah pendapatan keluarga dan belajar benda baru. Hari ini saya nak kongsikan 5 Faktor Utama yang menyebabkan mereka GAGAL dan PERLU di perbaiki jika ingin berjaya.

1.0 tiada matlamat / objektif

Point ini sangat penting , Tiada Matlamat atau bahasa Mudahnya adalah Tiada BIG WHY kenapa nak berniaga ni?  BIG WHY sangat penting utk DRIVE kepada TINDAKAN yang KONSISTEN.

Dan Kita buat Bisnes ini nak sampai tahap mana juga bergantung kenapa kita nak kesana..apa tujuan kita..apa yang best kat sana..apa perasaan kita bila dah dapat ke sana. 

Setiap orang ada Sebab ada buat sesuatu. Kalau suka suka maka Result pun Suka suka.

2.0 tidak fokus/ hilang fokus

Ini yang saya boleh katakan banyak terjadi hampir 60% Agen dan Dropship. Mereka ini lebih suka tengok result orang dan mudah terpengaruh.Tengok orang berjaya jual Kerepek Juta2 dia pun nak jual kerepek , Esok tengok orang berjaya Jual Kek batik Rm1.6 Juta dia pun jual Kek Batik..Lusa Tengok Orang Jual Jubah Rm20juta dia pun terus nak cuba jual Jubah.

Begitulah seterusnya..dan seterusnya..dan seterusnya..

Maka sampai sudah pun tak habis..

Untuk permulaan, anda perlu belajar dan didik diri untuk FOKUS dan KONSISTEN. Buat Sampai Jadi..

3.0 Malas belajar/ tiada ilmu

Kalau kita nak jadi Doktor kita akan Amik Kursus Doktor , Nak jadi Engineer kita amik kursus Engineering Samalah dengan berniaga. Nak jadi peniaga hebat kenalah belajar dengan orang2 yang berpengalaman.

Dan proses dapat ilmu tu ada MASA nya..Engineering 5tahun..
Agak2 Bisnes pegi Seminar 5hari dah boleh sukses..
Blom lagi ..ada proses kena kita lalui..
Ini Untung yang pegi kelas..TAPI yang tak Pegi Langsung ni..Fikir2 lah..

4.0 Tiada mentor yg betul

Pentingnya Mentor utk bantu kita bawa jalan yang betul disamping menjimatkan masa dan kos kita.Kita hanya perlu ikut apa pengalaman mereka ini bagi kita ulang kesilapan mereka.Mentor adalah Fast Track Mudah untuk ada Sukses dengan jalan cepat dan betul. 

Cari mentor yang dapat bantu kita utk bimbing anda.Ramai sekarang mentor hebat di luar sana.

5.0 suka menyalahkan orang dan beralasan

Bila Produk #Appecut tak boleh Jual dia akan mula salahkan Produk tak laku lah..Orang tak Membeli lah..Orang Kutuk lah..Pelbagai alasan. 

Kenapa orang tak Beli sebabnya orang dah tak Beli dengan ANDA.Anda tidak Tonjolkan Diri Anda atau VISIBLE dalam Market. Tidak Buat Marketing dengan Betul ,Tidak Faham Siapa Yang Membeli Produk Anda.Tidak Tahu Product Knowledge.

Orang membeli di sebabkan EMOSI bukan FAKTA pada Kotak Produk anda.

Mcmana Nak Pengaruhi EMOSI Pelanggan ? Kena ada ILMUUUUUU.

ANDAI KITA NAK BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG. STOPP BLAMING AND EXCUSES.

PALING PENTING ACTION DAN KONSISTEN

dropship sering gagal
COACH JERRYKING

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak tanya Appecut
1